Posts

Showing posts from August, 2009

UNTUKMU...

Image
“ Wah! Cantiknya. Ini yang cemburu ni…” luah saya sambil mengerling suami di sisi. Ketawa kecil suami mendengar kata-kata saya tadi. Sememangnya saya tidak dapat menafikan kecantikan yang terpampang di depan mata. Ini kali pertama saya melihatnya. Sungguh mempesona. Kena dengan penilaian saya sebagai seorang wanita dewasa. Kulitnya merah-merah hati. Berhias pula dengan bunga mawar berwarna merah darah yang indah. Gabungan citarasa yang sungguh menyerlah. “ Macam mana, ok tak?” suami menyoal buat kesekian kalinya. Tersenyum-senyum dia memandang saya. Makin cemburu saya dibuatnya. “ Cantik la ayah,” balas Kak Long dan Kak Ngah. Kali ini, senyumannya melebar ke pipi. Sungguh puas hati. BUKAN HAK MILIK Dari awal pernikahan lagi, saya sudah menerima bahawa suami bukan hak milik saya seorang. Saya masih ingat, ketika usia perkahwinan kami baru menginjak 4 hari. Saya dan suami berjauhan buat pertama kali selepas bergelar suami isteri. Saya ditinggalkan bersama sahabat-sahabat universiti di ru

SERONOKNYA PUASA !

Image
Sumber gambar Masa yang pantas beredar bagaikan tidak terasa. Hari ini sudah masuk hari ketiga berpuasa. Bermakna telah dua hari Ramadhan 1430 Hijriah, berlalu pergi. Tahun ini merupakan tahun kedua saya dan keluarga menyambut Ramadhan di United Kingdom. Jauh dari rakan taulan dan sanak saudara. Saya bersyukur kerana saya dan keluarga masih dikurniakan umur dan kesihatan. Masih punya peluang meraih sebanyak mungkin ganjaran berganda yang tersedia. Peluang memperoleh keampunan, rahmat dan pelepasan dari azab nerakaNya, sama ada di awal, pertengahan dan pada penamat bulan yang mulia. Kak Long dan Kak Ngah juga kelihatan lebih bersemangat berpuasa. Mungkin, ketibaan Ramadhan kali ini jatuh pada musim cuti sekolah. Kebanyakan masa mereka hanya di rumah. Justeru, dari awal lagi mereka telah menyediakan jadual harian sempena ketibaan Ramadhan. Bermula denga

AHLAN YA RAMADHAN..

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SUARA IMAN, SUARA FITNAH

“Ina dan Nora, sebelum balik kena nasyid dulu ye,“ pinta Ustaz Ghazali. Ayah hanya tersenyum. Menyuruh tidak, melarang jauh sekali. Ayah telah maklum barangkali. Memang begitu setiap kali saya dan adik kembar mengikut ayah berkunjung ke rumahnya. Baik ziarah sempena menyambut hari raya atau sekadar kunjungan pada hari-hari biasa. Pasti beliau meminta kami bernasyid serangkap dua. “ Nak nasyid apa Pak Cik ?” saya bertanya. “ Apa-apa pun boleh, “ jawab Ustaz Ghazali. Saya memandang adik kembar sambil membisikkan sesuatu ketelinganya. Sejurus, kami melangkah naik dua anak tangga. Bagaikan melangkah ke atas pentas lagaknya. “ Satu dua mula. Sepohon kayu daunnya rimbun..” kami mula berdendang bersama. Walaupun pada mulanya kami menyanyi agak perlahan dan malu-malu, tetapi lama kelamaan kami bertambah yakin dan semakin padu. Suara kami kian mendayu-dayu. SAYA DAN SENI SUARA Sejak kecil, saya gemar menyanyi. Dari sekadar suka-suka, hingga akhirnya menimbul minat yang bukan sedikit di dalam ji

PERLUKAH BEGITU ?

Saya suka membaca. Salah satu bahan bacaan yang menjadi pilihan saya ialah majalah-majalah yang banyak terdapat di pasaran baik bertema kewanitaan, kekeluargaan, keibubapaan, majalah kanak-kanak, hiasan dalaman hinggalah resepi-resepi masakan. Banyak yang telah saya beli dan baca kerana tidak dinafikan kandungan di dalamnya sangat infomatif, mendidik dan menambah ilmu di dada. Pembahagian topik-topik diselarikan dengan sesuatu isu setiap bulan keluaran. Sebagai contoh, majalah bercorak kewanitaan, kebanyakannya menumpu kepada gaya hidup, hobi, fesyen, kecantikan, rawatan, motivasi, resepi dapur dan banyak lagi. Manakala majalah bertema kekeluargaan dan keibubapaan pula turut memapar pelbagai maklumat menarik mengenai tip-tip ibu bapa cemerlang, penjagaan bayi, mendidik anak-anak, masalah kesihatan dan sebagainya. Ditambah, corak persembahan yang menggunakan kertas berkualiti dengan hebahan tajuk-tajuk terkini di sekitar kehidupan bermasyarakat, sangat berguna dan bermanfaat untuk diapl

MARI BANTU DIRI DAN SUAMI

Image
“ As dah solat ?” tanya suami sewaktu sesi rehat selepas makan tengahari. “ Belum lagi “ jawab saya ringkas. Sememangnya saya menunggu-nunggu ketika yang sesuai untuk menunaikan solat memandangkan di dalam dewan tersebut penuh dengan ahli keluarga lain yang turut serta, dari kaum bapa, ibu dan anak-anak mereka. Sabtu itu, saya sekeluarga menghadiri Hari Keluarga Warga Lampeter yang berlansung di Dewan Milennium, Cellan; lebih kurang 20 minit perjalanan menaiki kereta dari pekan kecil Lampeter. “ Rasanya ok dah nak solat ni, orang lelaki semua ada di luar . Solehah, biar abang pegang,” cadang suami. Saya menghulur Solehah ke dalam dukungannya. “ As solat di hujung sudut belah sana. Agak terlindung dan tidak nampak bahagian belakang ketika rukuk dan sujud,” tambah suami bila melihat saya tertinjau-tinjau tempat yang sesuai. Suami menunjuk ke bahagian kiri belakang dewan. Kelihatan beberapa orang lain dari kaum ibu dan anak-anak perempuan juga telah bersedia berwudhuk untuk menunaikan kew

RASAILAH KESEDAPAN TULEN !

Bangun pagi ini, saya melakukan rutin harian seperti biasa. Kemudian saya menuju ke dapur, dan saya keluarkan dua bungkus ayam siap potong dari peti sejuk beku. Niat saya, hari ini mahu memasak soto kegemaran suami tercinta. Saya bersyukur, walaupun berada di luar negara, namun saya masih boleh memasak soto dengan bahan-bahan yang cukup. Ayam, halia, bawang dan rempah ratus yang diperlukan semuanya sangat mudah diperolehi, baik dari kedai-kedai milik Arab dan Pakistan, juga dari kedai Cina yang menjual bahan-bahan masakan Asia Tenggara. Nasi impit dan bawang goreng awal-awal lagi telah saya masak dan sediakan pada malamnya. Tinggal lagi, saya menyediakan kuah dan bahan-bahan tambahan sebagai pelengkap hidangan. AJINOMOTO PENYEBAB SEDAP “ Memasak kalau tak letak ajinomoto, alamat tak sedaplah rasanya,” akui seorang peniaga restoran. Memang benar, dalam dunia hari ini, bukan sukar untuk menjadikan sesuatu makanan itu terasa lazat dan sedap. Bak kata orang, hingga menjilat jari. Apa yang