BUKAN PERTANDINGAN !
Sumber Saya sebenarnya kurang selesa bila ada orang bertanya berapa juzukkah bacaan al-Quran anak-anak saya. Andai sekadar bertanya, masih tidak mengapa. Saya akan menjawab dengan penuh lapang dada. Akan tetapi, yang menjadi sebab ketidakselesaan saya ialah bila jawapan saya dibalas dengan pandangan mata seakan tidak percaya. “Eh..takkan baru banyak tu. Anak saya, Alhamdulillah… dah nak khatam dah,” dia berkata dengan nada suara dan senyum sinis yang menyakitkan mata dan jiwa saya. Namun, saya tahankan hati. Buat-buat biasa, seolah-olah tidak terasa. “Tak mengapalah…saya memang agak ‘keras’ dalam bab mengaji ni. Selagi belum betul-betul lancar, bacaan mereka tidak akan saya alih ke muka surat seterusnya,” penuh yakin saya menjelaskan pendirian. Saya percaya, ada di kalangan pembaca yang pernah mengalami situasi sama seperti saya. Tidak tahu apa tujuan dan maksud dia berkata begitu. Bukanlah saya mahu menelah niat di dalam hatinya, cuma cara dia menyatakan kesyukuran atas pencapaian an