MUSLIMAH 'PUTERI LILIN'
“Kak Long…kalau kita pakai payung dalam cuaca panas ni..bagaimana agaknya orang pandang kita ye?” saya bertanya. Sengaja mahu mengisi masa-masa santai bersama anak-anak sebaik pulang dari sekolah. “Boleh ke Ummi…pakai payung?” soal Kak Long tiba-tiba. Agak serius nada pertanyaannya. Mendengar itu, saya tersenyum lebar. ‘Alahai…ingatkan saja nak buat kelakar….’bisik hati. Saya memandang Kak Long yang masih menanti. Agak lucu pula melihat wajah seriusnya menanggapi soalan jenaka saya sebentar tadi. “Orang-orang di sini pakai payung ketika hujan. Mereka tak biasa berpayung ketika musim panas. Berjemur tengah padang atau tepi pantai tanpa pakaian adalah. Kalau kita pakai payung, mesti ramai yang akan tersenyum geli hati…macam ‘Puteri Lilin’,” luah saya dengan iringan ketawa kecil. “Puteri Lilin?” tercengang-cengang Kak Long mendengar peribahasa lama. Bagai mendengar bahasa asing yang lansung tidak difahaminya. “Puteri lilin tu salah satu dari peribahasa Melayu. Maksudnya, orang yang tak ta