Posts

Showing posts from August, 2010

ANDAI RASULULLAH BERSAMA KITA....

Image
Wanita itu menangis.Walau wajahnya terlindung di sebalik purdah, dan hanya menampakkan sepasang matanya yang bening, tetapi suaranya yang sayu dan sebak beserta linangan airmata yang tumpah menggambarkan segala rasa yang menggigit tangkai jiwanya. Melihat itu, saya turut mengalirkan air mata. Sudah banyak kali saya menyaksikan petikan video yang satu ini. Jika diulang tayang berkali-kali pun, ia masih menghadirkan keinsafan di dalam diri. Kolam air mata mana yang mampu menampung limpahannya, jika persoalan yang bermain di kepala membuak kesayuan yang tiada taranya. Persoalan yang sukar dijawab tetapi juga adalah impian setiap muslim dan muslimah yang beriman.Inilah yang berlaku kepada diri saya setiap kali menonton petikan video yang menampilkan satu rancangan berbahasa arab bertajuk : Lau kaana bainana. Rancangan ini mengenengahkan persoalan bagaimana sekiranya Rasulullah SAW, hidup dan berada di tengah-tengah kehidupan moden hari ini. Bersama-sama kita!

KATALOG BUKU KARYA BESTARI

Membaca jambatan ilmu. Kepada para pembaca yang berminat untuk mendapatkan buku-buku terbitan Karya Bestari Sdn. Bhd. boleh mendapatkan maklumat mengenainya dari katalog di bawah ini. Semoga beroleh manfaat. Mencari dan terus mencari cinta ILAHI. Jumpa lagi, InsyaALLAH.

SERAHKAN KEYAKINAN KEPADA TUHANMU

Image
Telah beberapa kali saya meninjau ke luar tingkap, namun kelibat suami masih juga belum terlihat. Sesekali angin dingin musim sejuk di penempatan Hayyu at Tibba’ itu datang menyapa. Tidak mahu berlama-lama dengan kedinginan yang menggigit, saya kembali menutup daun tingkap, lantas duduk bertimpuh di sofa arab melihat kak long dan kak ngah bermain. Hati yang risau bagaikan terubat melihat telatah dua anak kecil saya bergembira bersama. Menatap wajah mulus kedua-duanya, jiwa diselubungi sayu dan hiba. Mereka bakal saya tinggalkan untuk tempoh lebih dua minggu andai perancangan untuk menunaikan haji tahun ini berjalan lancar. Tanpa apa-apa halangan, dengan izin-NYA. Semua urusan telah diuruskan. Permohonan visa telah pun diluluskan. Persiapan pakaian dan kelengkapan yang perlu dibawa juga telah saya bereskan. Adik-adik akhawat yang tinggal berdekatan juga telah menyatakan kesediaan untuk anak-anak yang ditinggalkan. Cuma

BICARALAH ATAS NAMA KASIH

Image
Semuanya bermula pada pertengahan Mac yang lalu, iaitu ketika saya menerima satu emel daripada seorang editor sebuah syarikat penerbitan di Malaysia. Berulangkali saya mengamati isi kandungan yang termuat di dalamnya. Bukan tidak percaya, cuma tidak menduga, bahawa impian dan hasrat yang saya pendam selama ini, bakal menjadi kenyataan dengan izin-NYA. Setelah beberapa perbincangan lewat emel dilakukan, akhirnya saya dan pihak penerbit, Karya Bestari Sdn. Bhd. bersetuju untuk menjalin kerjasama. Seiring itu juga, saya menerima lamaran tersebut dengan linangan mutiara jernih dari kolam air mata. Ia manifestasi dari rasa gembira yang melaut di dalam jiwa, beriring segunung kesyukuran ke hadrat Yang Maha Esa. Segala puji bagi-MU Ya ALLAH !

RAMADAN : JANGAN SAMPAI RETAK!

Image
“Ala…baru pukul 3. Lambat lagi nak buka.” Kak Ngah bersungut buat kesekian kalinya. Sambil berbaring malas di sofa, sungutan dan keluhan yang sama berulangkali di’zikir’kannya hari ini. Mendengar itu, saya menggelengkan kepala. “Kak Ngah, tak baik asyik mengeluh lapar…cuba banyakkan sabar,” nasihat saya dengan kerutan di dahi. Tanda kurang berpuas hati dengan sikapnya ini. Mendengar itu dia diam. Bibirnya mencebik masam, wajah dan kepalanya tunduk menekur ke lantai. “Rasa lapar memang biasa masa berpuasa ni,nak… supaya kita merasai bagaimana orang yang susah dan menderita kelaparan. Kalau nak bandingkan apa yang kita rasa masa puasa ni dengan keadaan mereka, tentulah kita jauh lebih baik. Kita masih boleh berbuka puasa dengan makanan yang sedap-sedap sedangkan mereka, nak dapat makan pun susah,” saya menambah. “Sebab tu, kena banyak sebut Alhamdulillah dari asyik mengeluh lapar,” saya menyambung kata-kata. Kak Ngah terus membisu. Namun, raut wajahnya berubah. Kelihatan pilu dan sayu.

RAMADAN KAREEM

Image
Salam Ramadan buat semua sahabat dan pembaca yang budiman. Semoga kehadiran Ramadan buat kesekian kalinya ini menjadikan kita insan-insan yang lebih bertaqwa. Ramadan bulan istimewa, maka hanya orang-orang yang istimewa mampu menghidupkannya dengan sebenar-benar penghayatan dan keikhlasan. Islamic Greeting Card by Alhabib Ibadah puasa diperuntukan kepada orang-orang yang memiliki iman, kerana puasa tanpa keimanan, adalah sesuatu yang sangat-sangat memberatkan. Mari bersama kita renungi dan usahakan yang terbaik, mudah-mudahan ALLAH SWT menerima amalan kita. "Allahumma a'inna..." RAMADAN KAREEM. Mencari dan terus mencari cinta ILAHI. Jumpa lagi, InsyaALLAH.

KECIL YANG BESAR, SEDIKIT YANG BANYAK

Image
“Ya Allah, rasa kerdilnya diri bila mendengar kisah-kisah begini..”saya berbisik sambil menyeka air mata. Entah kenapa, hati ini bagai diasak rasa sayu dan hiba mengenang kelemahan diri. Mendengar kisah yang sungguh mengkagumkan ini, bagai terbayang di depan mata keikhlasan dan kemurnian jiwa yang dimiliki oleh mereka, wanita-wanita biasa tetapi luar biasa pada pandangan Allah dan Rasul-NYA. Itulah yang menjadikan mereka begitu istimewa. Sungguhpun ada di kalangan mereka bukan dari kalangan berharta, bukan juga bangsawan ternama atau jauh dari dikenali ramai sebagai golongan ilmuwan dan bijak pandai, namun bakti kecil yang dicurahkan oleh setiap seorang dari mereka untuk Islam tetap terpandang dan dijulang. Pertama kali saya mendengar kisah ketiga-tiganya iaitu ketika menonton satu rancangan berbahasa Arab bertajuk : al Qawareer , ( Wanita di dalam Islam ) yang dikendalikan oleh Dr Muhammad Abdul Rahman al ‘Arifi. Beliau berkelulusan dari universiti Saudi dan merupakan anak didik beb