Posts

Showing posts from March, 2014

MERENUNG BAHAGIA.....

Image
Merenung... Bahawa gelar manusia beriman itu.. Bukan yang tidak pernah berdosa, bukan yang tak pernah silap, bukan yang tak pernah tergoda. Dia yang bergelar beriman, dosa tidak menjadikan diri terus bernoda..silap tak menjadikan masa depan gelap, godaan tak menghalang pulang kepada TUHAN. Merenung... Sakinah bukan tak pernah bersengketa, tetapi yang terus saling menjaga, mengenepi amarah dan ego semata... Besar jiwa kerana ILAHI.. Lebar menebar harmoni, meminggir emosi syaitoni. Merenung... Mawaddah bukan tak pernah tergoda, dek dunia yang memuja harta, jelita dan nama.. Tetapi yang membumi niat, tekad dan matlamat... Dunia dilabuh pada yang halal.. Untuk akhirat yang lebih kekal. Merenung... Rahmah bukan dek sering berbual mesra...mengungkap kasih tak kira masa... Tetapi yang bijak membaca suasana...jiwa bertaut penuh makna..Diam atau berkata-kata, keduanya bahasa menjemput cinta. Merenung... Dia yang beriman... Khilaf membawanya kembali... Taubat kepada ILAHI..kemaafan dari insani..

SUAMIKU TAK ROMANTIK...

Image
“Suamiku tak romantik... Kerana jarang-jarang kuterima jambangan bunga... Tanda ingatannya.. Suamiku tak romantik... Kerana sukarnya untuk dia mengutus sekeping kad berisi bicara puitis kasih dan mesra... Suamiku tak romantik...  Kerana tak pernah berguling-guling atas rumput memujuk isterinya... Berkeliling pohon rendang membuat kejutan istimewa... Berlari-lari mengejarku di taman bunga... Suamiku tak romantik... Kerana lafaz 'I love U' jarang benar meniti bibirnya...” _________________________________________________________________ Pada saya, inilah tanggapan ramai wanita bergelar isteri yang jiwa mereka dianugerahi ILAHI dengan kaya emosi. Jika di awal pernikahan, romantis seorang suami begitu menyerlah, berpimpinan tangan kala berjalan berdua, menatap penuh mesra anak mata isteri tercinta, ucapan maaf dan terima kasih cepat terlafaz saat berbicara dan sebagainya, namun seiring berlalunya masa, dengan pertambahan tanggungjawab kepada keluarga suasana seperti